2 Stesen Radio Gagal Turuti Arahan Bertafakur – Ahmad Shabery

Kota Bharu – Dua stesen radio dikesan gagal untuk turut serta bertafakur selama satu minit seperti mana yang diminta kerajaan, sempena Hari Berkabung, semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada stesen berkenaan dalam masa terdekat.

“Kita mahu tahu apa masalah mereka sehingga tempoh seminit yang diminta untuk bertafakur gagal dituruti,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengisytiharkan tarikh 22 Ogos ini sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan media sebelum ini telah menetapkan beberapa panduan dan peraturan bagi menghormati Hari Berkabung Malaysia itu.

 

Panduan Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014

1. Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan;

2. Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut;

3. Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang;

4. Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam;

5. Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.

2 thoughts on “2 Stesen Radio Gagal Turuti Arahan Bertafakur – Ahmad Shabery

  • August 23, 2014 at 4:08 pm
    Permalink

    Senang saja…kan kerajaan ada kuasa utk membatalkan lesen penyiaran stesen tersebut…harap jgn bagi muka,jgn berlembut..kerajaan kena tegas…ini bila ada org tegur kata kerajaan tidak ambil tindakan,berdiam diri,terlalu agi muka,lemah,tiada perubahan…byk kaki ampu krjan marah..bila mana pemimpin mndpt ‘nasihat tidak baik’ dr kaki ampu maka,nantikanlah ‘kejatuhan’ pemimpin tersebut….

    Reply
  • August 23, 2014 at 8:03 pm
    Permalink

    Mohon kerajaan mengambil tindakan terhadap stesyen radio tersebut. Batalkan lesen atas nama radio tersebut. Jika kerajaan berlembut nanti akan ada akibat yang lain.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.