18 Tali Barut Israel Dihukum Tembak Sampai Mati

Gaza – Hamas menjatuhkan hukuman mati ke atas 18 individu yang dituduh menjadi tali barut Israel di Gaza.

Lapan daripada mereka ditembak mati di luar sebuah masjid berhampiran dataran di bandar berkenaan, sejurus selepas Solat Jumaat.

Menurut laporan Yahoo News, kesemua mereka dikatakan memberi maklumat kepada Rejim Zionis untuk melancarkan serangan dan membunuh tiga pemimpin kanan pergerakan itu. Sebelum itu, 11 daripada mereka menerima hukuman yang sama di sebuah balai polis terbiar di pinggir bandar Gaza.

Ia hukuman yang ketiga dijatuhkan Hamas ke atas mereka yang dituduh menjadi pengkhianat dengan memberi maklumat kepada Yahudi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan laman perkhidmatan keselamatan dalaman Hamas yang dikenali al Majd, pergerakan itu memaklumkan ia melakukan operasi besar-besaran untuk memburu mereka yang menjadi tali barut Israel.

Sejak beberapa tahun lalu, Tel Aviv mewujudkan rangkaian dengan penduduk Palestin di Gaza bagi mendapatkan maklumat mengenai keselamatan dan kedudukan Hamas.

Selain menggunakan pelbagai tekanan, mereka ditawarkan pelbagai janji manis termasuk membebaskan anggota keluarga yang berada dalam tahanan Zionis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.