Cuma nilai hutang yang ditambah saja berkurang, hutang tak berkurang pun, Isham beritahu PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan hari ini adalah kerajaan belanja besar, berhutang besar, mencukai besar, menaikkan harga minyak, mungkir janji dan menekan rakyat, dakwa Isham Jalil.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu malah mendakwa, apa yang dia janji sebelum dia dapat kuasa dulu, bila dia dapat kuasa dia buat yang sebaliknya.

“Kerajaan ini adalah kerajaan gagal. Jika keadaan ini berterusan ekonomi negara akan menjadi lebih teruk dan kehidupan rakyat akan menjadi semakin muram. Yang untung adalah kroni-kroni mereka.

“Kita perlu selamatkan negara ini dari mereka,” seru beliau dalam kenyataan di Facebook pada Selasa.

Isham berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang berkata hutang bersih negara telah turun.

“Dia kata tahun lepas dia (kerajaan) berhutang RM1.17 trillion, tahun ini RM1.22 trillion. Dia kata sebelum ini pada tahun 2021 hutang negara bertambah RM100 billion, manakala pada tahun ini dia cuma tambah RM86 billion.

“Oleh itu ikut formula dia hutang telah turun. Setahun lepas dia kata kerajaan tidak akan tambah hutang. Tahun ini dia tambah RM86 billion. Saya tidak tahu di celah mana yang dia kurangkan hutang.

“Anwar, apabila hutang negara jadi RM1.22 trillion dari RM1.17 trillion, itu bertambah bukan berkurang. Bila kamu tambah hutang RM86 billion tahun ini berbanding RM100 billion tahun 2021, itu masih menambah hutang bukan mengurang hutang, cuma nilai hutang yang ditambah sahaja yang berkurang.

“Ia seolah pada tahun lepas kamu ambil hutang beli kereta harga RM100 ribu, tahun ini kamu ambil lagi hutang beli kereta RM86 ribu, hutang kamu bertambah bukan berkurang. Dan tahun 2021 itu adalah tahun COVID dan PKP, sememangnya kerajaan terpaksa berhutang lebih untuk tangani pandemik COVID, di negara-negara lain di seluruh dunia juga begitu,” jelas beliau.

Isham menambah lagi, Anwar kata lagi dia terpaksa bayar hutang-hutang yang lepas sebanyak RM48 billion setahun.

“Sebenarnya dia pun bertanggungjawab menambah hutang-hutang lepas ini, sebab dalam dua tahun dia jadi Perdana Menteri, dia telah menambah hutang antara paling besar dalam sejarah iaitu sebanyak RM80-100 billion setahun, yang perlu dibayar oleh kerajaan-kerajaan akan datang.

“Semasa saya dalam kerajaan dahulu, antara tahun 2008-2018, kerajaan hanya berhutang dalam purata RM40 billion setahun. Kini kerajaan Anwar berhutang dua kali ganda dari itu setahun.

“Anwar juga kata dia kena bayar hutang 1MDB, mungkin dia tidak ada modal lain dan ingin salahkan 1MDB dan Najib lagi. Semasa Lim Guan Eng jadi Menteri Kewangan, dia pun guna modal yang sama.

“Pada ketika itu saya kata kepada Lim Guan Eng, jika hutang 1MDB ini amat membebankan, jual sahajalah aset-aset 1MDB, sebab 1MDB ada hutang RM42 billion tetapi aset-asetnya bernilai lebih dari itu iaitu sekurang-kurangnya RM55 billion. Tetapi dia tidak mahu jual aset-aset ini malah berkata aset-aset ini termasuk Bandar Malaysia dan TRX adalah antara aset terbaik negara.

“Anwar dan Lim Guan Eng ini sama sahaja, mereka mahu salahkan hutang 1MDB yang perlu dibayar, tetapi senyap berkenaan aset-aset 1MDB yang menjana keuntungan. Ia seolah kamu beli bangunan kedai dengan berhutang bank dan sewakan bangunan itu, kamu meroyan terpaksa bayar bank berkenaan hutang itu, tetapi duit sewa dan untung yang kamu dapat bulan-bulan daripada bangunan itu kamu diamkan saja,” bidasnya lagi.

Menurut Isham, pada tahun 2018 hutang negara adalah RM686 billion.

“Kini meningkat hampir dua kali ganda kepada RM1.22 trillion. Kerajaan Anwar saja tambah hutang dekat RM200 billion.

“Anwar perlu mengaku sahaja yang kerajaan pimpinannya sekarang sudah mati akal dan tidak tahu nak buat apa berkenaan ekonomi.

“Yang dia tahu buat ialah menambah hutang antara tertinggi dalam sejarah setiap tahun (RM80-100 billion), sehingga hutang menjadi paling tinggi dalam sejarah (RM1.22 trillion), dan berbelanja pun paling tinggi dalam sejarah iaitu RM393 billion (lebih tinggi dari perbelanjaan tahunan semasa COVID).

“Sepatutnya untuk mengurang hutang, kamu perlu kawal perbelanjaan, bukan belanja tertinggi dalam sejarah,” katanya.

Isham juga mengkritik, selain menambah hutang untuk menampung belanja besar kerajaan Anwar ini, dia naikkan harga minyak yang tertinggi dalam sejarah, diesel telah naik RM1.20 kepada RM3.35 seliter.

“Selain itu banyak cukai-cukai lain dinaikkan atau diperkenalkan untuk menampung perbelanjaan besarnya.

“Namun pada masa yang sama, pihak-pihak dan taikun-taikun yang lari dari bayar cukai akibat ketirisan SST berpuluh billion setahun bersenang lenang dan untung besar akibat dasar cukai kerajaan yang menyebelahi mereka, dan kerajaan diam saja berkenaan hal ini.

“Dulu sudah ada sistem cukai yang lebih telus untuk hapus ketirisan berbillion ini namun mereka tidak mahu guna, tetapi sebaliknya mereka naikkan cukai lain dan naikkan harga minyak ke atas rakyat.

“Secara langsung atau tidak langsung, rakyat terpaksa bayar lebih untuk menampung “subsidi” kepada taikun-taikun yang untung kerana lari dari bayar cukai ini. Dan mereka berbelanja untuk projek-projek berbillion ringgit yang diberikan kepada kontraktor-kontraktor dan pihak-pihak tertentu.

“Yang lari dari bayar cukai lepas, yang menyeludup minyak lepas, tetapi yang kena bayar lebih adalah rakyat. Ini dasar ekonomi apa, Anwar? soal beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat