Bunuh Zulfarhan, enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa menjatuhi hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara menghidupkan semula pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Enam tertuduh itu yang berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Ketika membaca keputusan penghakiman sepanjang 232 perenggan lebih tiga jam, bermula jam 9.10 pagi, Hadhariah berkata, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkhilaf apabila meminda pertuduhan dihadapi kesemua tertuduh daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

“Oleh itu, mahkamah membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan pertuduhan yang dipinda dan menghidupkan semula Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya yang bersidang bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, lapor Sinar Harian di Putrajaya.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara mendapati enam bekas pelajar itu bersalah atas tuduhan membunuh, dan mengketepikan sabitan awal mereka bagi kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat untuk membunuh.

Panel yang dipengerusikan oleh Hadhariah Syed Ismail mendapati hukuman 18 tahun yang dijatuhkan ke atas mereka tidak setimpal dengan kekejaman yang dilakukan oleh mereka, lapor Malaysiakini.

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 akibat kecederaan daripada 90 tekapan seterika wap yang menyebabkan kira-kira 80 peratus badannya melecur.

Remaja berusia 21 tahun itu didakwa diserang kerana enggan mengaku mencuri komputer riba salah seorang daripada enam bekas pelajar itu, di asrama universiti awam tersebut di Kuala Lumpur.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat