Prolintas Lancar Aplikasi Bantuan Kecemasan Untuk Pengguna

KUALA LUMPUR – Pengguna lebuh raya Prolintas kini boleh menghantar isyarat kecemasan dan lokasi mereka untuk meminta bantuan dari pasukan peronda menerusi aplikasi mudah alih yang baharu dilancarkan.

Pelancaran aplikasi mudah alih ini adalah sebahagian daripada langkah proaktif Prolintas dalam mewujudkan komunikasi dua hala.

Ianya boleh digunakan untuk menerima maklumat trafik dan perkhidmatan lain di semua lebuh raya kendalia Prolintas iaitu iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, pengguna hanya perlu memilih jenis kecemasan di aplikasi tersebut dan secara automatik lokasi pengguna yang berada dalam kesulitan akan dapat dikesan oleh peronda dengan pengguna menghidupkan ciri GPS di telefon pintar.

“Peronda kami akan sentiasa memantau dan bertindak dengan segera apabila menerima isyarat SOS menerusi aplikasi mudah alih tersebut,” katanya.

Pelaksanaan aplikasi ini juga merupakan kesinambungan bagi kempen komunikasi PROLINTAS iaitu #contactlahkami yang telah dilancarkan pada Mac 2017.

Inisiatif ini juga adalah salah satu penambahbaikan tahap perkhidmatan kepada pengguna lebuhraya melalui teknologi digital.

Aplikasi mudah alih baharu adalah mesra pengguna dan boleh dimuat turun menerusi App store dan Google Play secara percuma.

Untuk menggalakkan pengguna memuat turun aplikasi ini, Prolintas telah menyediakan baucar bernilai RM10.00 kepada 1,000 pelanggan pertama yang memuat turun aplikasi tersebut. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.