Kesihatan Bayi Paling Kecil Di Dunia Semakin Pulih

HYDERABAD – Seorang bayi yang diiktiraf sebagai bayi paling kecil di negara ini semasa dilahirkan dengan berat 575 gram mencipta keajaiban dalam empat bulan apabila keadaan kesihatannya semakin pulih.

Bayi bernama Ridhima Ajmani atau nama samarannya, Cherry dilahirkan dengan keadaan berat badan tidak sempurna secara pembedahan caesar di Hospital Kanak-Kanak Rainbow di sini pada Mac lalu.

Pasukan doktor yang menyambut kelahirannya menyifatkan dia tidak mampu hidup lama kerana berat badannya lebih ringan berbanding satu tin kacang panggang menyebabkan peluang untuk hidup hanya 50 peratus.

Selain berat badan, Cherry juga mempunyai masalah paru-paru tidak matang serta berisiko mengalami pendarahan otak.

Bagaimanapun, Cherry mencabar dunia perubatan apabila dia dilaporkan semakin pulih dan berat badannya semakin bertambah sejak mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi di hospital berkenaan.

“Kami akhirnya membuat keputusan untuk membenarkan Cherry pulang ke rumah apabila keadaan kesihatannya bertambah baik dan berat badannya kini mencecah 2 kilogram. Dia merupakan seorang bayi ajaib,” kata Pengerusi dan Pengarah Kumpulan hospital itu, Dr. Ramesh Kancharla. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.