Video : Setiap Warga Felda Ada Hak, Saham Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setiap warga Felda mempunyai hak dan saham di Putrajaya.

Beliau berkata demikian sebelum mengumumkan insentif hari ini kepada peneroka Felda di seluruh negara termasuk bayaran khas berjumlah RM5,000 kepada 94,956 peneroka yang layak, melibatkan peruntukan sebanyak RM474.78 juta.

“Setiap warga Felda mempunyai hak dan saham di Putrajaya..,”katanya dalam ucapannya merasmikan sambutan pada Hari Peneroka 2017 di sini, hari ini.

Terdahulu beliau berkata, pembayaran khas peneroka iu akan dibuat pada penghujung Ogos ini.

Selain itu, beliau turut mengumumkan 6 insentif antaranya, dana khas RM300 juta diwujudkan bagi tempoh 2017-2021 untuk lupuskan lebihan hutang tanam semula, pelupusan hutang tanaman semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula dengan Felda, geran khas tanam semula peneroka RM7,500 setiap hektar melalui program tanam semula FELDA, pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV libatkan lebih 77,000 peneroka serta 1,626 peneroka yang telah membayar habis akan menerima ganjaran tunai RM1,820.

Tambahnya, insentif itu akan diberikan kepada 94,956 peneroka yang layak di mana kebunnya diuruskan oleh Felda atau menghantar hasil kepada Felda.

Laporan menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.