Video : Peminat Tak Berganjak, Tunggu Wani Hasrita, Aiman Tino

PUTRAJAYA – Peminat tidak berganjak menunggu kemunculan Wani Hasrita dan Aiman Tino pada kemuncak Konsert Ekspresi Felda Negaraku Malaysia, yang berlangsung di Dataran Putrajaya, sebentar tadi.

Wani Hasrita telah berjaya memukau seramai 3,000 penonton yang hadir dengan menyampaikan dendangan dua lagu hitsnya iaitu Menahan Rindu dan Terima Kasih Cinta.

Aiman yang turut mendendangkan dua lagu hitsnya Ku Hanya Sayang Padamu dan Permata Cinta turut membuatkan penonton bersorak terutamanya kanak-kanak yang turut menyanyikan lagunya.

Peminat tegar Aiman tidak menyangka apabila Aiman mula turun dari pentas untuk bertemu peminat sekali gus memberi peluang mereka sama-sama menyanyikan lagunya yang menjadi siulan anak muda masa kini.

Selain Wani Hasrita dan Aiman Tino turut memeriahkan konsert tersebut adalah Mawi, Sufian Suhaimi, Rahmat Mega, Que Haidar dan penyanyi daripada anak Felda.

Aura Mawi masih lagi menyengat apabila mula berkongsi mengenai perasaan bersyukurnya terhadap kejayaan Felda sebagai skim tanah paling berjaya di dunia.

Mawi yang menyampaikan tiga lagu hitsnya, Lagu Cinta Lagu Jiwa termasuk lagu hari raya menghiburkan penonton yang bukan sahaja terdiri daripada warga Felda malah daripada masyarakat sekitar kawasan itu.

Sambutan Hari Peneroka 2017 ini akan disambung pula pada hari esok dengan pelbagai lagi aktiviti menarik.-SuaraTV

Video Menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.