Video : Mawi Berterima Kasih Kepada Felda

PUTRAJAYA – Mawi masih lagi menyengat! Auranya masih ada pada Konsert Ekspresi Felda Negaraku Malaysia, yang berlangsung di Dataran Putrajaya, semalam.

Selepas nyanyian Mawi Lagu Cinta Lagu Jiwa
dalam persembahannya dan berhenti seketika serta berkongsi mengenai perasaan kesyukurannya menjadi anak Felda.

Biarpun segelintir penonton seramai 3,000 yang hadir bukanlah terdiri daripada warga Felda, namun beliau berjaya membuatkan hadirin berasa kagum dan turut merasai berhubung bantuan dan kejayaan Felda selama 60 tahun sejak diwujudkan.

“Saya berterima kasih kepada Felda. Sudah 60 tahun kewujudan Felda… ,”katanya yang merupakan anak Felda Taib Andak di Johor Bahru.

Mawi yang menyampaikan tiga lagu hitsnya, termasuk menyampaikan lagu hari raya turut membuatkan penonton tidak berganjak dan menunggu sehingga kemuncak konsert.

Selepas persembahan Mawi menunggu kemunculan Wani Hasrita dan Aiman Tino.

Wani Hasrita telah berjaya memukau seramai 3,000 penonton yang hadir dengan menyampaikan dendangan dua lagu hitsnya iaitu Menahan Rindu dan Terima Kasih Cinta.

Aiman yang turut mendendangkan dua lagu hitsnya Ku Hanya Sayang Padamu dan Permata Cinta turut membuatkan penonton bersorak terutamanya kanak-kanak yang turut menyanyikan lagunya.

Laporan menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.