Video : Felda Lok Heng Dapat RM1 Juta Menangi Anugerah AKKF

PUTRAJAYA – Felda Lok Heng menjadi juara bagi Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2017 sempena sambutan Hari Peneroka 2017 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdahulu, anugerah ini bermula sejak tahun 2008 trlah dianugerahkan kepada rancangan terbaik yang berjaya menguruskan kebersihan, keceriaan dan keindahan kawasan kampung Felda disamping aspek kualiti komuniti.

Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Johor, Muhammad Bakar, 65 berkata, beliau sangat gembira dwngan kejayaan ini kerana berjaya menjadikan kawasan perkampungan Felda bersih dalm insfrastruktur yang baik dan terurus.

“Kita berharap agar selepas ini dapat membentuk komuniti dan kawasan yang bersih sekali gus dapat menggalakkkan pelancong datang berkungjung ke perkampungan Felda yang memiliki kawasan yang bersih dan baik,”katanya ketika ditemui SuaraTV tengahari tadi.

Juara AKKF membawa pulang hadiah RM 1 juta satu trofi dan sijil penghargaan. -SuaraTV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.