Video : Belia Felda Sambut Baik Insentif Kerajaan

PUTRAJAYA – Belia Felda menyambut baik insentif yang diumumkan kerajaan.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, berkata pengumuman itu adalah berita baik bagi belia dan warga Felda amnya apabila hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu kepada peneroka Felda di seluruh negara termasuk bayaran khas berjumlah RM5,000 kepada 94,956 peneroka yang layak, melibatkan peruntukan sebanyak RM474.78 juta.

Katanya dengan pembayaran berkenaan yang akan dibuat pada penghujung Ogos ini. Dana khas RM300 juta juga diwujudkan bagi tempoh 2017-2021 bagi melupuskan lebihan hutang tanam semula.

“Kami sebagai belia menyambut baik pengumuman 6 insentif ini,”katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Hari Peneroka 2017 di sini, hari ini.

Terdahulu, antara insentif yang diumumkan Najib hari ini, berhubung pelupusan hutang tanaman semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula dengan Felda, geran khas tanam semula peneroka RM7,500 setiap hektar melalui program tanam semula FELDA.l, pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV libatkan lebih 77,000 peneroka, bagi 1,626 peneroka yang telah membayar habis akan menerima ganjaran tunai RM1,820.

Sehubungan itu, Najib memberitahu, insentif itu akan diberikan kepada 94,956 peneroka yang layak di mana kebunnya diuruskan oleh Felda atau menghantar hasil kepada Felda.

Laporan menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.