Tangki Air Pecah, Pasangan Nyaris Maut Ditimpa Runtuhan

KUANTAN — Pasangan suami isteri nyaris ditimpa runtuhan dinding bangunan Kompleks Teruntum, di sini akibat tangki air pecah.

Namun Sheikh Mohd Hanafi Sheikh Ali dan isteri mengalami luka kecil di lutut, siku dan tapak tangan kerana terjatuh ketika mengelak runtuhan.

Ketika itu, mereka berjalan ke pusat beli-belah Kuantan Parade dan melalui jalan belakang kompleks itu sebelum mendengar dentuman kuat, lapor Harian Metro.

“Tiba-tiba saya dan isteri terdengar bunyi dentuman sangat kuat. Saya lihat runtuhan dinding dan air melimpah dari tingkat empat bangunan mengenai kami.

“Mujur saya dan isteri sempat lari dan berjaya mengelak daripada ditimpa runtuhan berkenaan,” kata lelaki itu, 50.

Dalam kejadian 1 tengahari itu, empat individu cedera, 10 motosikal dan tiga kereta rosak dihempap runtuhan bangunan setinggi 40 meter.

Sheikh Mohd Hanafi turut membuat laporan polis kerana motosikal Modenas Kriss miliknya “rosak teruk” dalam kejadian itu.

“Tapi tidak mengapalah janji nyawa saya dan isteri selamat,” katanya. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.