Suami Curang Terima Balasan, Alat Sulit Dipotong Isteri

Seorang wanita di India telah ditahan selepas memotong alat sulit suaminya ketika mereka bergaduh susulan dakwaan suaminya menjalin hubungan sulit.

Ibu kepada empat anak yang berusia 30 tahun itu ditangkap selepas dia membawa alat sulit suaminya itu di dalam beg tangan menuju ke rumah ibu bapanya.

Wanita itu yang dikenali sebagai Sarasu dan suaminya, Jagadeesan telah berkahwin selama 14 tahun.

Sejak beberapa tahun lepas, mereka telah tinggal berasingan dan hanya menetap semula bersama baru-baru ini atas permintaan anak mereka yang berusia 13 tahun.

Pasangan itu yang bertemu ketika bekerja di kilang pakaian, sering bergaduh dan menuduh satu sama lain sebagai curang.

Namun pada hari kejadian, Sarasu telah memegang pisau tajam lalu memotong alat sulit suaminya sebaik sahaja lelaki itu tidur.

Selepas melakukan perbuatan itu, dia keluar rumah. Jagadeesan telah dibawa ke hospital dan menjadi pembedahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.