Shah Rukh Khan Tak Merokok Ketika Bercuti

Raja Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) yang ketika ini sedang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat sanggup melupakan tabiatnya merokoknya buat sementara waktu.

Menurut Times of India, perkara itu dikongsikan bintang berusia 52 tahun itu yang memuat naik gambarnya di Twitter memaparkan dirinya sedang berada di zon merokok.

“Saya menahan diri daripada merokok walaupun papan tanda di sini membenarkannya. Rehat seketika di Los Angeles,” katanya, memetik Kosmo.

SRK kini bercuti selepas siri promosi filem terbaharunya, Jab Harry Met Sejal.

Filem lakonan SRK bersama aktres Anushka Sharma itu bakal ditayangkan pada 4 Ogos ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.