PM Umum Insentif Khas RM5,000 Untuk Setiap Peneroka Felda

PUTRAJAYA – Sebanyak 94,956 peneroka Felda bakal menerima bayaran insentif khas peneroka berjumlah RM5,000 bermula penghujung Ogos ini.

Berita gembira tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Selain itu, insentif lain daripada enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri ialah insentif pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap 94,956 peneroka yang layak. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.