“Orang Yang Kutuk-Kutuk Saya Tu, Ada Tak Jam Rolex” – Aliff Terlajak Laris

SEPERTI biasa, kisah jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri berkenaan perihal gaya hidupnya sentiasa mengundang komentar daripada netizen.

Terbaru menerusi perkongsian sebuah video yang memaparkan Aliff bersama keluarga menikmati hidangan makanan turut mendapat perhatian netizen alam maya.

Difahamkan video yang direkodkan di Switzlerland itu memperlihatkan Aliff, mengomel sesuatu berhubung sikap pengkritiknya.

“Takpelah korang kutuk,kutuklah aku nak makan kat mana pun. Yang penting aku pakai cincin berlian empat karat, aku pakai jam Rolex baru beli ni. Kutuk, kutuk, tak ape, kutuk lagi selagi mampu.

“kita makan dulu. Korang yang kutuk kutuk tu ada tak jam Rolexnya? Takde, kan? Jahatlah, gurau je…gurau jer hehe…,” selorohnya yang ketika itu turut berbicara mengenai masakan air tangannya sendiri dan isteri, Datin Shahida di tengah-tengah kawasan lapang di Switzerland.  .

Gurauan Aliff itu segera dikomen oleh Sazali Mohd Fazlee yang berkata “Sebab tu kita kena bersyukur dengan kehidupan yang telah diberikan ini,”.

Manakala Knight Rider pula mendakwa mungkin hidup Aliff sunyi.

“Kesian jadi dia, kaya pun hidup tak tenteram, tak tenteram pun sebab perangai dia jugak, nampak sahaja gembira dengan banyak duitkan,” katanya.

Video yang dikongsi pada 20 Julai lalu itu menerima tontonan sebanyak 24,240 setakat ini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.