Orang Tunggu Je Saya Buat Salah, Kata Janna Nick

PELAKON Janna Nick memohon maaf selepas dikecam teruk gara-gara dia memuat naik status mengkritik filem terbaru arahan Christopher Nolan iaitu Dunkirk pada Jumaat lalu.

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 22, berkata setiap orang mempunyai pendapat masing-masing.

Begitu juga dengan Janna yang hanya memberi ulasan jujur tentang filem tersebut.

“Orang tunggu je saya buat salah sikit. Tak apa, tak kanlah tak ada salah langsung. Saya minta maaf ye semua.

“Nanti saya tengok cerita itu sampai habis,” tulis Janna di laman Twitternya.

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Janna di Instagram pasti tahu dia sering membuat ulasan filem-filem yang ditayangkan di panggung wayang.

Namun, ulasan Janna mengenai filem lakonan Harry Styles itu mendapat kecaman daripada netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pendapat pelakon wanita ini.

“Saya tengok cerita Dunkirk dah nak habis dah. Saya tengok cuba digest sampai saya rasa saya macam kebodohan teruk.

“Lepas tu saya decide untuk tidur saya bangun tidur sambung tengok lagi tapi masih buntu.

“So saya tak mahu bagi bintang dekat cerita ini. Kalau boleh elakkan tengok,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, netizen juga berkata lebih baik Janna menonton drama Melayu yang lebih sesuai dengan pemikirannya.

Ramai yang memuji filem ini, apatah lagi ia diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi di Hollywood.

Bagaimanapun posting tersebut telah dipadam dari Instagram Janna.

Nama Christopher Nolan memang tak asing lagi dalam industri perfileman antarabangsa.

Filem-filem hebat seperti Inception, Interstellar dan The Dark Knight antara filem arahannya yang berjaya. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.