Malaysia Duduki Tangga Keempat Kejohanan Bola Sepak AFF 2017

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak kebangsaan bawah 15 tahun menduduki tangga keempat selepas tewas 2-3 kepada juara bertahan Australia dalam perlawanan menentukan tempat ketiga dan keempat pada Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2017 Bawah 15 Tahun di Chonburi, Thailand, semalam.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Chonburi ,Malaysia membuka jaringan melalui Muhammad Amirul Azzim Mohd Ruzki pada minit ketujuh hasil usaha solo sebelum Australia menyamakan kedudukan melalui Jaiden Kucharksi.

Australia kemudian mendahului 2-1 pada minit ke-38 melalui George Antonis sebelum Birkan Kirdar melebarkan jaringan pada minit ke-76.

Malaysia, bagaimanapun dapat merapatkan jurang kepada 2-3 selepas Muhammad Danial Amali menjaringkan gol kedua pada minit-minit terakhir perlawanan.

Sementara itu, Vietnam muncul juara bagi kali ketiga dengan menewaskan juara tiga kali, Thailand menerusikan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas tamat perlawanan.

Untuk rekod, Vietnam menjuarai kejohanan itu pada 2006 dan 2010.

Kejohanan tersebut sebelumnya dipertandingkan sebagai kejohanan bawah 16 tahun sebelum kumpulan baharu umur diperkenalkan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.