Yuna Kecewa Dipanggil ‘Perempuan Sampah’

KUALA LUMPUR – Yuna melahirkan rasa terkilan dan kecewa menerusi status di akaun instagramnya apabila dihakimi oleh sebilangan rakyat Malaysia yang melabelkannya sebagai ‘perempuan sampah’ gara-gara memeluk Usher dalam satu persembahan pentas, baru-baru ini.

 

Yuna yang terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dari bangsa asing mengakui ia bukan masalah utama sebaliknya, penerimaan bangsa sendiri terhadap pendirian dan caranya itu adalah ujian paling besar buatnya.

 

“Kesemua perkataan, penghinaan, dan diskriminasi yang menyakitkan, datangnya dari mulut bangsa Melayu. Apa yang saya boleh lakukan hanya bersabar,” katanya dalam kapsyen tersebut.

 

Kata Yuna, dia sentiasa mengingati kata-kata bapanya yang berpesan agar menjalani kehidupan sebagaimana yang diinginkan.

 

Terdahulu, Yuna muat naik kapsyen tersebut bersama foto penglibatan beliau dalam sebuah kempen dengan kerjasama Barneys, sebuah rangkaian fesyen terkemuka di New York.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.