Video : Tun Mahathir Bersama Dajal-Dajalnya, Khianat Negara! – Jamal Yunos

KUALA LUMPUR – “Kepada pemimpin-pemimpin khianat negara ini, seharusnya sedia maklum bahawa negara kita mempunyai sistem demokrasi berparlimen berpelembagaan tetapi mereka ini dangkal fikiran,”kata Penganjur perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos.

 

Beliau berkata, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan pembangkang berpolitik secara keji dan menggunakan cara khianat (guna alasan saman sivil Amerika Syarikat) yang belum terbukti kebenarannya untuk menghancurkan sistem demokrasi negara.

 

“Bagi kami perkara ini adalah keterlaluan dan melampau. Lebih-lebih lagi orang yang menyeru rakyat supaya menghancurkan sistem demokrasi negara ini adalah orang yang pernah menjadi perdana menteri kita selama 22 tahun,”katanya yang ditemui di Dataran Sogo di sini hari ini.

 

Katanya, beliau yakin rakyat Malaysia telah melihat perkara yang dilakukan Tun Mahathir.

 

“Saya percaya, rakyat Malaysia telahpun melihat tembelang orang ini, iaitu Tun Mahathir bersama dengan dajal-dajalnya, (khianat negara),”katanya.

 

Terdahulu, beliau akan meneruskan himpunan baju merah sebagai langkah gerakan anti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 
Beliau berkata, ia sebagai serangan balas terhadap kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dua hari lalu yang menggesa demonstrasi bagi menyingkirkan Najib selepas Amerika Syarikat memfailkan tuntutan saman untuk menyita aset yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.-SuaraTV

One thought on “Video : Tun Mahathir Bersama Dajal-Dajalnya, Khianat Negara! – Jamal Yunos

  • September 26, 2016 at 1:30 pm
    Permalink

    Kelakor Si JAMAL IKAN BAKOR ni…jgn bikin lawak bangang ko tu…ko tu lah DAJJAL Si SANG PENCURI BUGIS..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.