SPRM Kerjasama Dengan FBI

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menjalinkan kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerjasama itu tertumpu kepada perbuatan penyelewengan dan penggubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.

 

“Berhubung laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengenai 1MDB, SPRM telah menjalinkan kerjasama dengan FBI kerana kedua-dua pihak telah mempunyai hubungan kerjasama yang lama sebelum ini,” katanya.

 

Difahamkan, DOJ AS memfailkan saman untuk merampas aset yang dibeli dengan dana yang didakwa dari syarikat tersebut yang bernilai lebih AS$1 bilion daripada AS$3 bilion.

 

Terdahulu, DOJ memohon untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.