Selamat Hari Lahir PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62.

 

Anak kelahiran Pekan, Pahang yang dilahirkan pada 23 Julai 1953 itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009.

 

Walaupun kini berdepan dengan pelbagai isu politik, Najib masih lagi tabah dan tenang mentadbir negara.

 

Demi meraikan ulang tahun kelahirannya, ahli-ahli politik serta para netizen mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Perdana Menteri di media sosial.

 

Antara ahli-ahli politik yang menyampaikan ucapan hari jadi ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Naib Ketua Puteri Malaysia, Zahida Zarik Khan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri Pendidikan, Mary Yap Kain Ching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.