Presiden Jerman Terkejut Insiden Tembakan Di Munich

MUNICH – Presiden Jerman Joachim Gauck berasa terkejut dan takut dengan insiden tembakan di kompleks beli-belah di Munich yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 individu maut, termasuk suspek.

 

“Saya sentiasa fikirkan tentang mangsa serta mereka yang sedang meratapi pemergian orang tersayang,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Menteri Dalam Negeri, Thomas de Maiziere, yang sedang dalam penerbangan ke New York akan segera kembali ke Jerman.

 

Terdahulu, dalam kejadian pada 6 petang waktu Jerman itu, sepuluh orang maut manakala 10 lagi cedera dalam insiden melibatkan seorang penembak.

 

Menurut polis, suspek telah menembak mati sembilan mangsa sebelum menembak dirinya sendiri.-Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.