Pokemon masuk Syria, tarik perhatian dunia

SHAH ALAM – Gambar kanak-kanak Syria memegang sekeping gambar kartun pokemon menarik perhatian di laman sosial, sejak semalam.

 

Dikongsi Sedat Gunduz di laman mikro Twitternya, empat keping gambar itu nyata meruntun hati netizen.

 

Melalui empat gambar itu, Sedat menulis, “kanak-kanak Syria memegang gambar kartun Pokemon dengan harapan dunia akan mencari dan menyelamatkan mereka. #Syria #SyriaBombing.”

 

Pada gambar itu tertera perkataan yang berbunyi, “saya di sini. Selamatkan saya”.

 

Rata-rata pengguna yang berkongsi gambar tersebut melahirkan rasa sedih atas penderitaan yang dihadapi rakyat negara itu.

 

Tidak kurang juga yang mendoakan agar penderitaan rakyat di Syria segera berakhir.

 

Melalui laman Facebook Syria Care-Malaysia, gambar-gambar tersebut turut dikongsi dengan kapsyen yang mengingatkan bukan Pokemon yang perlu diselamatkan.

 

“Tetapi anak-anak dan saudara kita yang masih berada di dalam Syria!

 

“Pokemon Go baru sahaja dilancarkan namun penangannya satu dunia merasai. Namun, perang di Syria sudah lima tahun dilancarkan. Tetapi kenapa dunia masih membisu?,” katanya.

 

Sementara itu memetik laporan BBC, aktivis Syria menggunakan fenomena Pokemon Go ini untuk mengangkat isu di Syria di mata dunia.

 

Ada juga imej Pokemon yang diedit pada sekeping gambar pelarian di atas bot di tengah laut dengan kapsyen, “Pokemon melarikan diri dari Syria mencari tempat selamat di dunia #save_Pokemon.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.