PDRM Pantau Permainan Pokemon Go

AYER KEROH – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau penggunaan aplikasi Pokemon Go sekiranya ianya melibatkan ancaman keselamatan.

 

Jelas beliau, meskipun aplikasi itu belum digunapakai dalam negara, namun terdapat banyak implikasi yang sudah timbul di negara luar seperti beberapa insiden kemalangan jalanraya.

 

Bagaimanapun, pihak polis masih belum memutuskan untuk mengharamkan penggunaan aplikasi itu khususnya terhadap anggota PDRM meskipun kerajaan Indonesia telah mengambil langkah tersebut.

 

“Kita akan pantau dahulu walaupun Indonesia telah ambil langkah mengharamkan aplikasi berkenaan.

 

“Ia merupakan satu jenis game, kalau melanggar undang-undang negara, kita pasti ambil tindakan, jika tidak, its remain a game,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka, Jumaat malam.

 

Jelas beliau, walaupun aplikasi ini hanyalah suatu permainan, pihaknya akan tetap mengambil tindakan mengikut perundangan yang sedia ada jika melibatkan salah laku undang undang seperti perjudian dan hasutan.

 

Sehingga kini, PDRM tidak menghalang penggunaan aplikasi tersebut namun akan memantau secara perlahan agar tidak mengganggu gugat ketenteraman awam.

 

Permainan yang menggunakan lokasi pada kedudukan sebenar untuk “menangkap” watak-watak Pokemen menjadi tumpuan sejak dilancarkan pada 6 Julai lalu.-Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.