‘Mungkin Kita Boleh Mengislamkan Selena Gomez’ -Zed Zaidi

KUALA LUMPUR – “Mungkin Kita Boleh Mengislamkan Selena Gomez,”kata pelakon Zed Zaidi.

 

Beliau yang juga Presiden Seniman berkata, ia secara tidak langsung, memberi satu pendekatan orang beragama Islam di negara ini untuk berdakwah dalam diam.

 

 

“Bagi saya kalau kita letak satu garis panduan kepada artis luar negara mungkin kita boleh mengislamkannya kita tak tahu.

 

“Sebagai contoh dia (Selena) datang negara kita dia kena pakai tudung (menutup aurat) tak boleh seksi-seksi kena ikut Islam punya garis panduan, saya rasa (kedatangan Selena) tidak jadi masalah. Macam yang dilakukan di timur tengah (dubai dan sebagainya) berpakaian tutup. Jadi secara tak langsung kita dapat berdakwah dalam diam. Mungkin akan terdetik di hati dia untuk berubah kita tak tahu,”katanya.

 

Menurut Zed, ia adalah pendekatan yang perlu dilakukan iaitu secara mesra dan berhemah kepada artis bukan Islam yang datang ke negara ini.

 

Dalam pada itu, Zed berkata, konsert Selena Gomez juga akan mendapat pulangan cukai dan ia tentulah dapat menguntungkan negara.

 

Terdahulu, Konsert Selena yang bakal berlangsung di negara ini mendapat kritikan daripada sebilangan pemimpin PAS yang mendakwa perkara itu akan menyebabkan rakyat terpengaruh dengan budaya negara luar.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.