Muhyiddin Banyak Berbohong Isu 1MDB – Puad Zarkashi

PETALING JAYA – Kenyataan bekas Timbalan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Jabatan Kehakiman (DoJ) AS menunjukkan beliau tidak memahami proses undang-undang yang sedang berlaku dan terus membohongi rakyat.

 

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam satu kenyataan media yang turut menafikan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengambil serius dakwaan DoJ.

 

Katanya Najib pernah menegaskan kerajaan Malaysia memandang serius dakwaan DoJ dan akan memberikan kerjasama penuh jika diminta.

 

Bagaimanapun, Puad akui pendirian Malaysia jelas, segala proses undang-undang mesti dihormati dan setiap pihak yang dinamakan wajar diberi peluang membela diri dalam perbicaraan yang adil sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

 

Beliau juga sekali lagi melabel Muhyiddin berbohong apabila mendakwa bahawa tindakan saman sivil ini adalah “bukti penipuan pihak yang dinamakan dan mereka mencuri duit 1MDB.”

 

“Muhyiddin gagal memahami kenapa DoJ AS tidak mendakwa semua penama yang terbabit dan merampas setiap aset yang disenaraikan, sebaliknya hanya membuat saman sivil.

 

“Antara sebab utama kenapa DoJ AS tidak membuat pendakwaan dan merampas aset-aset ini adalah kerana ia tidak mempunyai bukti kukuh. Tindakan dibuat bersandarkan aduan Sarawak Report dan individu tertentu tentang kecurian,” jelasnya.

 

Malah menurut Puad lagi, 1MDB sendiri sudah menafikan wang mereka dicuri selain ia dibuktikan dengan dokuken-dokumen berkaitan dan penyata kewangan diaudit.

 

“Jika ada pertikaian sekalipun, ia hanya melibatkan wang yang berada di dalam kawalan syarikat IPIC dan Aabar PJS dari Abu Dhabi yang kini menjadi kes arbitrari,” katanya.

 

Beliau juga mengutuk dakwaan Muhyiddin mengenai kandungan laporan DoJ sebagai “penemuan pasukan penyiasat AS”, sedangkan ia hanya syak wasangka berdasarkan aduan Sarawak Report.

 

Turut ditanya sebab Muhyiddin mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera mengikut undang-undang Malaysia ke atas Malaysian Official 1, Reza Aziz, Jho Lo dan nama-nama lain yang disenaraikan dalam laporan DoJ.

 

“Apakah asas untuk kerajaan mengambil tindakan? DoJ sendiri belum benar-benar pasti mengenai dakwaan mereka kerana tiada bukti kukuh.

 

“Dalam saman sivil ini tiada penama-penama yang didakwa atas kesalahan jenayah. Bagaimanakah Muhyiddin pula mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera semata-mata kerana kenyataan Jabatan Kehakiman AS ini? Adakah kemahuan Muhyiddin ini masuk akal dan mengikut lunas undang-undang?” soalnya.

 

Puad juga mempersoal gesaan Muhyiddin dalam kes saman sivil DoJ tetapi berdiam diri dalam isu skandal banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang jelas menunjukkan beliau terlibat dalam salah laku.

 

“Bukan sahaja siasatan telah dibuat malah Lim Guan Eng juga telah didakwa di mahkamah.

 

“Tidak pernah pula kita mendengar Muhyiddin bercakap mengenai hal yang lebih nyata seperti ini. Sikap ‘double standard’ dan berdendam Muhyiddin amat jelas dalam hal ini,” ujarnya. – FMT

One thought on “Muhyiddin Banyak Berbohong Isu 1MDB – Puad Zarkashi

  • September 8, 2016 at 1:08 am
    Permalink

    Ramai yang tidak faham di antara harta2 peribadi dengan harta2 syarikat.Walaupun nama2 individu2 berada di dalam syarikat2 yang di tadbir akan tetapi segala harta2 yang di miliki atas nama2 diri2 mereka sendiri bukan lah hak2 syarikat tertentu.Undang2 tetap undang2 bukan berpolitik bahawa yang betul boleh jadi salah & yang salah boleh jadi betul.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.