‘Kami Akan Merahkan KL Sekali Lagi’, Kata Jamal Yunos

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos akan meneruskan himpunan baju merah sebagai langkah gerakan anti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

 

Beliau berkata, ia sebagai serangan balas terhadap kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dua hari lalu yang menggesa demonstrasi bagi menyingkirkan Najib selepas Amerika Syarikat memfailkan tuntutan saman untuk menyita aset yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.

 

 

“Jika demonstrasi awam yang digesa Tun Mahathir berlaku, kami akan datang sekali lagi (protes) bagi perhimpunan merah versi kedua,” katanya pada sidang media di Dataran Sogo di sini hari ini.

 

Beliau menjangka, lebih daripada 300 ribu orang akan turun dalam perhimpunan itu.

 

Dua hari lalu, selepas gesaan demonstrasi oleh Tun Mahathir, bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan turut menyebut mengenai rancangan untuk mengadakan perhimpunan aman tersebut.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.