Isu Kahwin Rahsia : Apa Berlaku Bukan Satu Dosa – Adi Putra

KUALA LUMPUR – Teka teki mengenai perkahwinannya kali kedua, pelakon Adi Putra kini menjelaskan dilakukannya itu bukan satu dosa.

 

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, memuat naik kapsyen itu di laman Intagramnya berkata, akan memberikan penjelasan berhubung perkara itu kepada media dalam masa terdekat.

 

“Kepada semua sahabat rakan media, saya akan maklumkan untuk sidang media untuk perkongsian dan bukan penjelasan sebab apa yang berlaku bukan satu dosa. Terima kasih,” katanya.

 

Dia meminta pihak yang mendedahkan berita pernikahannya itu agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya.

 

Terdahulu foto perkahwinan kedua Adi telah tersebar pada Sabtu lalu yang antara lain mengaitkan perkahwinan rahsianya dengan seorang wanita berusia 33 tahun, seorang janda anak satu pada 19 Jun lalu.

 

Adi sebelum ini pernah berkahwin dengan Aida sejak 14 April 2006, pasangan itu tidak mendapat cahaya mata kerana Aida sering mengalami masalah kesihatan dan keguguran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.