Arahan Solat Hajat Masjid Di Selangor Batal Konsert Selena Gomez

Exco Selangor (PAS), Datuk Ahmad Yunus Hairi mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat bagi memohon konsert Selena Gomez Revival Tour in Malaysia dibatalkan.

 

Yunus berkata, umat Islam tidak merestui konsert dan hiburan melampau yang hanya akan mengundang bala daripada Allah s.w.t.

 

“Umat Islam tidak akan redha dan merestui segala bentuk hiburan yang melampau termasuklah konsert Selena Gomez yang akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

 

“Semua masjid di Negeri Selangor diarahkan mengadakan solat hajat selepas solat jumaat atau pada bila-bila masa yang sesuai sebelum konsert itu berlangsung untuk memohon kepada Allah SWT semoga konsert tersebut dibatalkan dan negeri Selangor yang kita cintai ini tidak ditimpa bala bencana, katanya memetik laporan sebuah portal berita, menerusi satu kenyataan.

 

Beliau yakin, dengan solat hajat itu Allah SWT akan memberikan hidayah kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran konsert tersebut.

 

Konsert Selena Gomez Revival Tour in Malaysia bakal berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, 25 Julai ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.