Anak Che Ta Terima 20 Tawaran Duta Produk

KUALA LUMPUR -“Setakat ini Aaisyah telah menerima hampir 20 tawaran untuk jadi duta produk dan saya bersyukur kerana rezeki dia murah walaupun masih kecil,”kata ibu kepada Aaisyah Dhia Rana, pelakon Rozita Che Wan.

 

Katanya, memang banyak tawaran yang diterima namun tidak pernah menganggap itu sebagai kerja Aaisyah.

 

“Sebaliknya tawaran yang dia dapat itu semua adalah rezeki dia. Alhamdulillah,” katanya.

 

Namun dia akui perlu berhati-hati memilih tawaran yang diberikan supaya tidak membebankan Aaisyah.

 

“Saya tidak mahu dia (Aaisyah) terlalu penat dan sebab itu saya perlu pantau setiap tawaran yang diberikan.

 

“Selain itu, saya juga akan lihat apa jenis produk yang ditawarkan supaya ia tidak membahayakan anak saya,”katanya memetik laporan sebuah portal.

 

Dalam pada itu, mengulas mengenai perlantikan Aaisyah sebagai duta produk Mini Me, pelakon berusia 43 tahun itu menerima tawaran pihak berkenaan kerana produk tersebut menggunakan bahan organik.

 

“Saya setuju untuk Aaisyah jadi duta produk ini selepas mendapati produk yang ditawarkan menggunakan bahan organik dan tidak membahayakan.

 

“Selain itu komitmen yang perlu diberikan oleh Aaisyah tidak banyak dan sesuai dengan usianya yang baru 18 bulan,” ujarnya.

 

Dalam perkembangan lain, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta akui tidak pernah menggunakan wang pendapatan yang diperolehi oleh anaknya sebaliknya menyediakan akaun peribadi demi masa depan anaknya.

 

“Saya tidak pernah sentuh langsung duit yang Aaisyah dapat kerana itu adalah rezeki dia. Malah, kami sediakan satu akaun peribadi untuk Aaisyah dan wang yang dia dapat kami akan masukkan ke dalam akaun tersebut sebagai simpanan untuk masa depan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.