1MDB Tidak Jejas Pelancong, Tidak Calar Imej Negara – Nazri

TUMPAT – Dakwaan salah laku dalam kes tuntutan sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ke atas 1MDB tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke negara ini kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

 

Beliau berkata, pada masa sama isu tersebut tidak mencalarkan imej negara malah ia disifatkan sebagai berbeza dengan situasi negara bergolak seperti yang dihadapi di Syria dan Mesir.

 

“Kes macam 1MDB ini sebenarnya dia tak ada kesan langsung terhadap mereka yang mahu datang melancong ke negara kita kerana pelancongan negara kita ini berteraskan kepada keindahan alam Sungai Flora dan budaya,”katanya memetik laporan sebuah portal.

 

Nazri turut menegaskan, Malaysia masih aman dan kedatangan pelancong ke dalam negara adalah bertujuan untuk melancong dan menikmati keindahan dan kebudayaan di sini.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.