Wanita Sarat Mengandung Antara Mangsa Kemalangan

Pontian – Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan antara 11 yang cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 0.6 Jalan Pontian Kukup kira-kira jam 9.15 malam semalam.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Supritendan Jokhiri Abdul Aziz berkata‎, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Perodua Kancil dari arah Pontian menghala ke Kukup cuba mengelak sebuah motosikal jenis Yamaha yang tiba-tiba keluar daripada simpang.‎

 

Katanya, akibat pergeselan itu, Perodua Kancil terbabit telah memasuki jalan bertentangan sebelum dilanggar sebuah Proton Saga dan Mercedes Benz yang berada di belakangnya.

 

“Kesemua mangsa iaitu lapan lelaki termasuk dua kanak dan tiga perempuan mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pontian. ‎

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya ketika ditemui di sini semalam.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar Harian Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.