Wanita Maut Ketika ‘Bungee Jumping’

London – Seorang wanita Britain mati, ketika melakukan aktiviti terjun lelabah yang lebih dikenali sebagai bungee jumping di Granada, Sepanyol.

 

Menurut polis, Klyo De Abreu yang berusia 23 tahun, mati pada petang Selasa, selepas terjuh dari sebuah jambatan.

 

Polis mengesyaki berlaku kesilapan membabitkan tali lelabah yang digunakan wanita berasal dari London itu.

 

Siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa Sepanyol.

 

Pegawai di pejabat Kementerian Luar Britain memaklumkan, pihak mereka turut menjalankan siasatan berhubung tragedi itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.