Video: Kereta Terbabas, Sekeluarga Nyaris Maut

Kuantan – Para penumpang sebuah kereta terselamat apabila kereta yang dinaiki mereka nyaris dirempuh oleh sebuah kenderaan lain dalam satu kejadian baru-baru ini.

 

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari para pengguna Facebook, kejadian pada Isnin lalu itu dikatakan berlaku di lebuhraya Gambang menuju ke Kuantan.

 

 

Melalui rakaman kamera kenderaan tersebut, insiden yang berlaku pada sekitar jam empat petang itu berpunca apabila pemandu kenderaan jenis Honda City itu gagal mengawal kenderaan.

 

Kereta Honda yang dipandu laju dari arah bertentangan itu dilihat terbabas terbabas sebelum terhumban di bahu jalan.

 

Berdasarkan video berdurasi 0:32 saat itu, kesemua penumpang di dalam kenderaan tersebut terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan namun nasib pemandu kereta Honda itu tidak dapat dipastikan.

 

SuaraTV sehingga kini gagal untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Kuatan bagi mendapatkan pengesahan lanjut mengenai kejadian tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.