TMJ Dilantik Penaung Diraja PBNJ

Kuala Lumpur – TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa, semalam.

 

Pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipetik dari laman Facebook Johor Southern Tigers (JST).

 

“Dengan pelantikan ini, segala urusan berkaitan dengan persatuan tersebut perlu dipersembahkan dan perlu mendapat persetujuan daripada Tunku Mahkota Johor sebelum sebarang keputusan diambil,” titahnya.

 

Dalam status terkini dalam Facebook JST memetik Tunku Ismail untuk berhenti memberi penjelasan.

 

“Saya berhenti memberi penjelasan kepada sesetengah penyokong bola sepak tanah air, apabila saya menyedari bahawa tahap pemahaman mereka adalah berdasarkan kebijaksanaan mereka,” katanya.

 

Sebelum ini, Tunku Ismail membuat keputusan mengejut apabila melepaskan jawatan Presiden PBNJ yang berkuat kuasa serta-merta.

 

Pengumuman itu menjadi kejutan sehingga mendapat pelbagai reaksi sama ada daripada peminat bola sepak di Johor mahupun pengurusan FAM sendiri.

 

Namun, melalui perkembangan terbaharu itu, penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya menarik nafas lega kerana Tunku Mahkota Johor itu membuat comeback bersama skuad kesayangan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.