Tangan Nyaris Putus Tersepit Eskalator

Georgetown – Percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila tangan seorang anak lelakinya yang berusia tiga tahun nyaris putus dengan kulitnya tersiat selepas tersangkut di celah eskalator di pusat beli belah dekat sini, petang tadi.

 

Dalam insiden kira-kira jam 6 petang di pusat beli belah di Jalan Magazine, kanak-kanak lelaki terbabit, Ng Juen Shen dikatakan bersama ayahnya, Ng Wei Kang, 30, dan ibunya, Ngh Mei Yeng, 29, selain adik lelaki, Ng Juen Xuan sedang turun dari eskalator terbabit.

 

Tanpa disedari ibu dan bapanya, Juen Shen dikatakan duduk di salah satu tangga eskalator berkenaan.

 

“Dia tiba-tiba menjerit dan kami terkejut melihat tangannya tersepit antara tangga eskalator itu.

 

“Saya cuba tarik tangannya tetapi gagal. Syukur dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” kata Wei Kang ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang, di mana Juen Shen menerima rawatan.

 

Keluarga berkenaan berkunjung ke negeri Pulau Mutiara itu dari Permatang Pauh untuk bersiar-siar di pusat beli belah tersebut.

 

Juen Shen bagaimanapun dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.