Stephen Hawking Lancar Projek RM379 Juta Cari Makhluk Asing

Ahli fizik terkemuka, Prof.Stephen Hawking telah melancarkan satu projek khas bernilai AS$100 juta (RM379 juta) pada Isnin.

 

Menariknya, projek tersebut adalah projek pencarian makhluk asing.

 

Projek yang dinamakan The Breakthrough Initiatives itu dibiayai oleh bilionair yang juga seorang ahli fizik, Yuri Milner.

 

Hawking mneyokong penuh projek pencarian ini dan beranggapan, manusia seharusnya tidak punya masalah untuk merungkaikan persoalan tentang makhluk asing kerana telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir.

 

“Saya menyokong projek ini kerana saya percaya ini adalah masanya untuk melakukan pencarian. Sebagai manusia, kita lebih bijak. Justeru kita patut tahu apa yang berlaku sebenarnya di sekeliling kita,” kata Hawking semasa majlis pelancaran projek tersebut.

 

Projek ini akan merangkumi kawasan kajian 10 kali ganda lebih besar daripada kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini, selain pemantauan terhadap kira-kira 100 galaksi dan sejuta bintang yang berdekatan dengan Bumi.

 

Hawking, pada tahun 2010, pernah meluahkan kebimbangannya tentang kewujudan makhluk asing dan menyatakan bagaimana kebijaksanaan makhluk yang tidak dapat dikenal pasti ini boleh menyumbang kepada kemusnahan manusia dan dunia sejagat. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.