Red Bulls Belasah Chelsea

NEW YORK – Sean Davis menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk membantu New York Red Bulls menewaskan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Chelsea 4-2 dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa.

 

Red Bulls kelihatan amat kuat kepada Chelsea biarpun beraksi selepas tewas pada saingan suku akhir Piala Terbuka AS kepada Philadelphia Union.

 

Ketua Jurulatih New York, Jesse Marsch, membariskan pemain muda dan pertaruhan itu menjadi apabila Davis menjaringkan gol pada minit ke-73 dan ke-77.

 

Pemain berusia 16 tahun, Tyler Adams pula menemui gawang pada minit ke-70 selepas Franklin Castellanos membuka jaringan pada minit ke-51 untuk Red Bulls yang kali pertama beraksi menentang Chelsea.

 

Loic Remy meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-26 manakala Eden Hazard menambah jaringan pada minit ke-75. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.