PM Sambut Ulang Tahun ke- 62 Secara Sederhana

Putrajaya – Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengadakan majlis meraikan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke – 62.

 

Menerusi gambar yang dikongsi, majlis diraikan secara sederhana, namun penuh meriah dengan kehadiran kakitangan PMO.

 

“Ikhlas drpd kami warga Pejabat Perdana Menteri menyambut hari jadi PM @NajibRazak tadi. Selamat Ulang Tahun Dato’ Sri,” tulis kenyataan tersebut di laman Twitter PMO, pagi tadi.

 

Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada April 2009 dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang.

 

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut memberi ucapan kepada Najib menerusi laman sosial Twitter, masing-masing.

 

“Happy Birthday PM “@FriendsofBN1: “Tiada sesiapa boleh memecah-belahkan perpaduan antara kaum di Msia yg telah lama terjalin” -@NajibRazak” – Hishammuddin

 

“Selamat Hari Lahir DS Najib! Semoga sabar dan ikhlas jadi kekuatan dlm laksana tugas & tgjawab”. – Ahmad Shabery

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.