Pengisytiharan Muflis ADUN Lenggeng Ditangguh

Mahkamah Tinggi Seremban hari ini menangguhkan pendengaran kes Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail untuk mengetepikan pengisytiharan muflis terhadapnya.

 

Peguam mewakili Ishak, C S Murtti berkata Hakim Datuk Kamaludin Md Said membenarkan penangguhan kes itu ke 31 Julai di dalam kamarnya.

 

Penangguhan itu dibenarkan selepas hakim mempertimbangkan persetujuan diberikan ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi bagi membolehkan kes itu diselesaikan di luar mahkamah, katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah di Seremban hari ini.

 

Murtti berkata hakim turut membenarkan penggantungan perintah muflis terhadap Ishak, 64, yang dibuat Penolong Kanan Pendaftar mahkamah itu pada 18 Mac lalu selepas beliau gagal membayar pinjaman Misran berjumlah RM2 juta. -Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.