Pemuda Kelantan Cuba Ragut Rantai Kanak-Kanak Dicekup

Kota Bharu – Seorang lelaki yang cuba meragut rantai leher yang dipakai seorang kanak-kanak perempuan menerima nasib malang apabila dia berjaya dicekup oleh penduduk kampung.

 

Kejadian dikatakan berlaku di Kubur Maras, Kampung Langgar, Kota Bharu, Kelantan tengahari Khamis.

 

Gambar pemuda terbabit yang memakai baju warna merah serta berseluar jeans itu menjadi viral di media sosial dan turut dikongsi di Facebook Friends of PDRM.

 

Ketika melakukan jenayah itu suspek dipercayai berseorangan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha SS.

 

Suspek turut membawa senjata tajam ketika cuba meragut kanak-kanak berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.