Pemain Muda Mahu Cipta Kejayaan Buat Liverpool Musim Depan – Fowler

Kuala Lumpur – Legenda Liverpool, Robbie Fowler yakin Liverpool akan menjadi pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan dengan kehadiran pemain muda.

 

Beliau percaya skuad itu akan meningkat sebagai antara empat kelab terbaik EPL dan seterusnya merangkul juara.

 

“Saya yakin mereka akan bermain baik. Pemain juga sangat berbakat. Tahun depan sangat penting buat pasukan ini.

 

“Mereka mesti meningkat berbanding tahun lepas. Saya percaya pasukan ini akan bersedia untuk memberi cabaran kepada kejuaraan tahun depan,” katanya semasa sesi bertemu peminat Liverpool di stor rasmi pertama Liverpool FC Store di Asia di Pusat Beli-Belah Lot 10 di sini Rabu.

 

Fowler berkata penyokong Malaysia begitu fanatik terhadap Liverpool dan perlawanan persahabatan antara Liverpool dengan Pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat dijangka menarik. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.