Malaysia Sertai Negara Nuklear 2029

Kuala Lumpur – Malaysia bercadang untuk membina loji nuklear seawal-awalnya pada tahun 2029 bagi mengatasi masalah penggunaan tenaga yang semakin meningkat di negara ini.

 

Pengarah Program Pembangunan Tenaga Nuklear, Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC), Jamal Khaer Ibrahim menjelaskan, proses pembinaan loji yang bakal memakan masa kira-kira tujuh setengah tahun itu perlu melalui berapa prosedur termasuk kelulusan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kawal Selia Tenaga Atom yang dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

 

“RUU ini memberi penekanan terhadap aspek keselamatan penggunaan tenaga nuklear selaras dengan garis panduan yang ditetapkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Ia perlu dibincangkan di Parlimen terlebih dulu sebagai langkah pertama untuk kita memiliki loji tenaga nuklear pada masa hadapan.

 

“Bagaimanapun, proses pembinaan ini memerlukan masa yang panjang kerana kerajaan juga perlu mengambil kira pendapat rakyat serta kemampuan untuk membeli kepakaran teknologi dan maklumat daripada negara-negara yang telah memilikinya. Ia mungkin memakan masa 11 hingga 12 tahun lagi,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini. – Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.