Kit Siang Beri Amaran Kepada PAS

Kuala Lumpur – Lim Kit Siang mengkritik PAS kerana ‘menyerang’ DAP dan memberi amaran kepada parti Islam itu bahawa pimpinan DAP tidak akan berdiam diri.

 

Ketua Parlimen DAP dalam kenyataannya walau bagaimanapun, menasihatkan semua ahli supaya menggunakan budi bicara dan perbincangan berkenaan perbezaan pendapat, daripada menggunakan menipu atau kenyataan tidak benar.

 

“Saya telah menasihatkan ahli supaya sentiasa berprinsip, beretika, dan berbudi bahasa, tidak menipu atau berkata bohong, ataupun mengejek sikap seseorang.”

 

Ahli Parlimen Gelang Patah mengulas pengarah pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali yang dipetik melabel parti sekular itu sebagai ‘angkuh’ dan bersikap ‘autoratarian’.

 

Mustafa turut menasihatkan ahli parti yang mendaftar dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk tidak ‘masuk perangkap DAP’ kerana GHB dilihat sebagai proksi DAP.

 

Lim berkata beliau sedih bahawa Mustafa masih lagi menyampaikan kenyataan tidak benar dalam politik dan tidak jujur untuk terus mengulang desas-desus bahawa pemimpin progresif PAS dalam GHB adalah proksi DAP.

 

Beliau berkata, sebelum Pakatan Rakyat diumumkan telah tidak wujud lagi, PAS dituduh oleh UMNO sebagai propaganda, dan ‘cybertrooper’ DAP.

 

“Pemimpin PAS tidak pernah menjadi proksi DAP, begitu juga pemimpin DAP bukan boneka PAS.”

 

Lim kemudian menyoal mengapa Mustafa menggunakan taktik yang sama oleh propaganda dan ‘cybertrooper’ UMNO untuk menjatuhkan integriti dan kerektor pemimpin PAS, yang lebih beliau kenali lebih lama dari sesiapa dalam DAP.

 

Beliau turut menyoal sekiranya ‘perceraian politik’ itu wajar kerana ia bukan termasuk dalam ajaran Islam atau mana-mana agama di negara ini.

 

“Ini tindakan tidak bermoral dan tidak beretika,” katanya.

 

Pemimpin progresif PAS membuat keputusan untuk menubuhkan GHB selepas mereka diketepikan dalam Muktamar PAS yang lalu.

 

Pergerakan itu juga ditubuhkan selepas PR diumumkan tidak lagi wujud sejak PAS bertindak memutuskan hubungan politik dengan DAP kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum Hudud.

One thought on “Kit Siang Beri Amaran Kepada PAS

  • July 23, 2015 at 10:34 pm
    Permalink

    Itu semua strateji politik untuk me minoriti kan undi org Islam seluruh Malaysia. Apatah lagi kabinet bayangan pembangkang yang telah di bentangkan bahawa PM dan lain-lain jawatan tertinggi Kerajaan Malaysia terdiri dari bukan Islam walau majoriti penduduk Malaysia terdiri dari org Islam, so kelak situasi dan keamanan Malaysia akan tergugat sepertimana yang berlaku di Timur Tengah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.