Kisah Abang Moza ‘Kapcai’, Buat Pengguna Facebook Sebak

Kuala Lumpur – Meskipun tidak mempunyai kereta, kegigihan dan semangat seorang bapa bersama tiga anaknya untuk pulang beraya tidak pernah luntur, malah telah menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

 

Kisah empat beranak itu mula menjadi ‘viral’ di laman sosial baru-baru ini apabila keluarga tersebut dilihat hanya menunggang motosikal dari Sepang, Selangor ke Pulau Pinang semata-mata untuk pulang menyambut Aidilfitri.

 

Menerusi beberapa gambar yang dikongsi di Facebook, lelaki tersebut yang dikenali sebagai abang Moza sarat bersama tiga anaknya, selain membawa barang keperluan lain.

 

Segelintir pengguna media sosial yang terserempak dengan keluarga tersebut mengambil peluang merakam gambar bersama mereka, selain meluahkan rasa kagum terhadap sikap Moza yang disifatkan sebagai seorang bapa yang cukup tabah.

 

Abang Moza Kapcai 2

Terbaharu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Abdullah Firdaus Baharuddin menyatakan dia berpeluang bertemu dengan empat beranak ini ketika dalam perjalanan pulang ke ibu kota.

 

“Allahuakbar. Alhamdulillah allah temukan aku dengan family ni tadi otw balik kerja. Family ni yang viral di FB sebab balik 4 beranak balik kampung dari sepang ke penang. Ini aku jumpa dorang otw balik ke sepang.

 

“Aku dah perasan family ni dari USJ lagi tapi tak sempat nak tahan dorang sebab kereta banyak. Aku teruskan perjalanan sampai exit putra heights dan aku berenti bawah flyover dan tahan motor dia dengan niat nak kasi duit raya dekat budak budak ni.

 

“Tapi ayat pertama keluar dari mulut brother buat aku sebak..”motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih.”

 

“Dalam keadaan kita tgk dia bersusah payah balik kampung dengan 3 orang anak dan barang penuh motor pun dia boleh keluar ayat nak tolong orang. Semoga anak anak abang ni jadi anak soleh sebab ada ayah yang hebat. Insyaallah sama sama kita jadi orang yang ringan tangan bantu orang,” tulisnya dalam entri di Facebooknya, semalam.

 

Simpati dengan ketabahan Moza dan anaknya, pengguna media sosial berusaha menghulurkan bantuan kepada mereka bagi meringankan beban, termasuk berhasrat menghadiahkan sebuah kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.