Kebakaran Motosikal Boleh Jadi Kes Jenayah

Georgetown – Polis akan menyiasat kebakaran di sebuah pangsapuri yang memusnahkan 36 motosikal dan enam kereta semalam mengikut Kanun Keseksaan sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu.

 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pada masa ini kes itu masih diklasifikasikan sebagai laporan kebakaran sementara menungggu siasatan pakar forensik serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

 

“Sekiranya laporan bomba mendapati wujud unsur jenayah, polis akan siasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan api,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

Dalam kejadian 2 pagi semalam itu, 36 motosikal serta enam kereta yang diletakkan di tingkat dua pangsapuri di Jalan Mount Erskine hangus dijilat api.

 

Abdul Rahim berkata setakat semalam, polis menerima 26 laporan berhubung kebakaran di pangsapuri itu. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.