Felda United Dibelasah Liverpool 7-0 Dalam Perlawanan Latihan

Kuala Lumpur – Kira-kira enam ribu peminat Liverpool menyaksikan sesi dan perlawanan latihan Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

 

Pada perlawanan latihan yang bermula pada pukul enam petang itu, pasukan The Reds nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya membenam Felda United dengan jaringan 7-0.

 

Antara penjaring gol berkenaan ialah penyerang antarabangsa England, Danny Ings dan juga pemain tengah Serbia, Lazar Markovic.

 

Kebanyakan pemain utama Liverpool seperti Martin Skrtel, Nathaniel Clyne dan Simon Mignolet tidak beraksi pada perlawanan berkenaan.

 

Namun begitu para peminat Liverpool dapat menyaksikan aksi pemain seperti Kolo Toure, Mamadou Sakho dan Andre Wisdom dalam perlawanan berkenaan.

 

Sorakan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ turut berkemundang dan mengegarkan stadium.

 

Perlawanan latihan tersebut dilihat sebagai medan terbaik sebelum perlawanan sebenar menentang Malaysia XI pada pukul 8.45 malam, Jumaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.