Cubaan Guling Kerajaan, Malik Maidin Antara Individu Yang Disiasat

Kuala Lumpur – Seramai 11 individu bakal berdepan dengan siasatan daripada polis berhubung dakwaan wujud konspirasi untuk  menggulingkan kerajaan dengan salah seorang ialah bekas perenang Selat Inggeris, Datuk Abdul Malik Mydin.

 

Menurut laporan Sin Chew Daily, Malik yang merupakan pembantu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad  berada dalam senarai untuk disiasat oleh polis.

 

Manakala mereka yang lain yang dihalang meninggalkan negara bagi membantu siasatan ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua,  pemilik syarikat media Kumpulan The Edge serta portal propembangkang, The Malaysian Insider, Datuk Tong Kooi Ong dan Penerbit Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat,  aktivis Maria Chin, Ambiga serta Adam Adli.

 

Difahamkan pihak polis kini bersedia untuk menyiasat dari pelbagai perspektif dengan niat untuk menggulingkan kerajaan.

 

Pada 13 Julai lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri, berikutan perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.

 

Beliau berkata, perbuatan jenayah ini sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.

 

Jelasnya, peguam juga negara telah mengarahkan siasatan penuh dijalankan terhadap kebocoran dokumen rahsia itu, bahan yang dikatakan daripada siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.