Bomoh Mati ‘Dicekik Hantu’

Bulawayo (Zimbabwe) – Penduduk kampung mendakwa menyaksikan kematian bomoh itu ketika berhimpun melihat upacara pembersihan dilakukan dan terkejut apabila dukun terbabit tiba-tiba rebah.

 

Bomoh yang dikenali sebagai Sitsha itu telah diupah penduduk kampung untuk menghalau roh jahat yang mengganggu wanita di kampung tersebut.

 

“Dia menghimpunkan penduduk kampung untuk melihat upacara menghalau roh jahat yang mahu dilakukannya malah kami semua nampak dia membawa dua benda pelik yang diikat kain hitam serta merah.

 

“Dia berkata mahu membakar makhluk berkenaan tetapi tidak sempat menyebut nama ‘tuan’ roh jahat berkenaan, apabila dia tiba-tiba menjerit dan jatuh pengsan.” ujar ketua kampung, Albert Mwembe.

 

Kejadian itu menyebabkan penduduk lari bertempiaran.

 

Menurut saksi, Sitsha kemudiannya sedar seketika, namun sehari selepas itu menjerit mengatakan dia dikejar dan dicekik hantu sebelum meninggal dunia.  – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.